Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010





2010 mencatatkan banyak suka duka dalam hidup aku..di saat aku jatuh,aku bangun dengan sendiri..di saat aku megah berdiri,ramai yang menyokong aku dari bawah...inilah KEHIDUPAN..

2010 tiada ape yang perlu dibanggakan oleh aku sendiri apelagi orang laen...tiada pengiktirafan tiada penghargaan dikalungkan kerana tiada jasa yang aku sumbangkan...

2010 menyedarkan aku erti seorang 'KAWAN' yang sejati..kawan gelak ketawa tak ingat dunia amatlah ramai,kawan di saat wang selautan berjuta-juta...tapi...di saat air mata mengalir di pipi di manakah kawan?aku mencari seorang SAHABAT...mungkin ade.mungkin tiada...

2010 mengajar hatiku apa reti CINTA...mengajar aku jangan terlalu mudah mempercayai seseorang yang belum tentu menjadi milikku..jangan terlalu mencintai seseorang lebih dari aku mencintai ALLAH dan diri sendiri..jangan terlalu menghargai jasa orang lain lebih dari jasa ibu bapaku..jangan terlalu menjaga hati orang di sekeliling lebih dari menjaga hati diri sendiri...

2010 membuka mataku untuk lebih mengenali diri sendiri..menyelami hati sendiri...yang paling penting mengerti perasaan halus dalam diri...

2010 juga menyifatkan pembaharuan dalam hidup aku sendiri di mana aku mengenali dunia BLOGGER ini..itu yang perlu aku banggakan..tak pernah termimpi untuk memiliki blog sendiri malahan tidak pernah terdedah kepada dunia ini..ALHAMDULILLAH banyak yang dapat aku pelajari dari blogger-blogger yang tentunya lebih berpengalaman..ya,aku bangga menjadi seorang blogger walaupun masih setahun jagung malahan masih terlalu banyak yang perlu di terokai untuk memantapkan blog ini setanding blog-blog terkenal lain..

2010 kita tinggalkan.2011 kita alu-alukan...semoga dengan kehadiran tahun baru membawa lebih keberkatan dan azam untuk memperbaiki diri sendiri dalam segala aspek akan tercapai...semua orang bercerita tentang azam tahun baru tapi bagi aku cukuplah azam itu tersemat di sanubari...SEMOGA BERJAYA ALYAA!