Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

Jom psiko di sini!

Aku jumpa bendealah neh masa bw kat blog ini..jom layan sesame..jangan pulak korang rase psiko bile jawab soalan die ea..rilek2 suda!


zasssssssssss!


Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.

Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.

Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.


  1. Air mendidih kat dapur.
  2. Air paip melimpah kat bilik air.
  3. Bayi menangis.
  4. Telefon berbunyi.
  5. Ada orang ketuk pintu.
Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.

Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.

Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?

Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...

apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.



Saturday, March 19, 2011

Lelaki WAJIB pandai memasak

Hari ni terasa rajin nak blogwalking setelah sekian lame mem'busy'kan diri
jengah ke blog jejaka terhangat,owh entry beliau yang bertajuk Sebenarnya, Lelaki Perlu Lebih Pandai Masak Berbanding Perempuan sangat menarik minat saya.

bagi lelaki, syarat nak pilih calon isteri mestilah pandai masak kan?kalo tak pandai tak hengen nak buat bini kan?
amboi kau!
tapi kenyataannye sekarang ni,lelaki yang WAJIB pandai memasak.
kenape?

sebabnye tugas lelaki perlu menyediakan keperluan asas seperti makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal kepada keluarga.
ini mengikut islam taw
see,sekarang ni menyediakan makanan adalah tugas lelaki dan bukannya tugas perempuan!
tugas seorang isteri adaah membantu meringankan beban suaminye dan juga melayan kehendak suami
tapi bak kata JK,sebagai pasangan suami isteri kena lah saling tolong menolong,bertolak ansur kan.
kesian jugak dekat isteri kalo balik keje letih-letih pastuh nak masak lagi.kan lebih elok kalo suami yang masak kalo suami yang pulang lebih awal.
romantik jugak kan?

kalo isteri anda seorang guru takpe la kot sebab cikgu kerja separuh hari je.kiranye ade masa untuk masak sementara tunggu suami balik kerja..oppsss ter'promote' cikgu la pulak!eheeee

so,kalo nak cari calon isteri elakkan meletakkan syarat 'PANDAI MEMASAK' sebabnye anda sendiri yang perlu LEBIH pandai..



Saturday, February 5, 2011

Rahsia wanita berdasarkan unsur....saya tanah..anda??





Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin 
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin 

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
Bijak mewujudkan suasana selesa.
Hati yang cepat berubah ubah.

Tuesday, December 21, 2010

Cara nak cover MALU


1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun,sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling cam pejoget rap tu hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalau terjatuh basikal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

~ Dari Mr Google



Monday, November 29, 2010

Lelaki dan bulan kelahirannye

Januari : mudah jatuh cinta
Februari : bercita-cita tinggi untuk mengejar mimpi
Mac : soal setia dialah juara
April : tidak pernah menghampakan
Mei : suka merancang dan mengatur kehidupan kekasih
Jun : seleranye tinngi
Julai : pendengar yang baik
Ogos : bijak dan mneyenangkan
September : bukan sebarangan memilih wanita
Oktober : mempunyai bakat jadi ahli nujum
November : sentiasa bersemangat
Disember : pandai menghiburkan orang-orang sekelilingnye

Friday, November 12, 2010

tips ketika bersendirian

anda sunyi?anda sendiri?jangan risau.saya akan kongsi tips2 nak hilangkan kebosanan tahap dewa tuh..ahaha

1. kalo korang tengok pinggan berduyun kat dalam sinki tuh,tolong la basuh...tak kan nak suruh mak suruh dulu.orang cakap basuh pinggang ni terapi untuk jadi isteri mithali ahaha...

2. korang keluarkan sume segala baju2 yang ade...then lipat balik..susun elok2..haa kan da tak bosan...

3. basuh sume baju2 yang kotor ke,tak kotor ke....tapi ingat kena basuh gune tangan taw..kalo maen campak dalam mesin tak aci ye..bagi adik kau pom boley

4. sapu sampah yang bertimbun kat depan umah korang tuh...halaman da macam tapak pelupusan da..tengah2 boring tuh sapu la..bersih la jugak rumah korang...

selamat mencube....