Sunday, May 1, 2011

Jom psiko di sini!

Aku jumpa bendealah neh masa bw kat blog ini..jom layan sesame..jangan pulak korang rase psiko bile jawab soalan die ea..rilek2 suda!


zasssssssssss!


Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.

Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.

Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.


  1. Air mendidih kat dapur.
  2. Air paip melimpah kat bilik air.
  3. Bayi menangis.
  4. Telefon berbunyi.
  5. Ada orang ketuk pintu.
Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.

Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.

Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?

Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...

apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.



Saturday, March 19, 2011

Lelaki WAJIB pandai memasak

Hari ni terasa rajin nak blogwalking setelah sekian lame mem'busy'kan diri
jengah ke blog jejaka terhangat,owh entry beliau yang bertajuk Sebenarnya, Lelaki Perlu Lebih Pandai Masak Berbanding Perempuan sangat menarik minat saya.

bagi lelaki, syarat nak pilih calon isteri mestilah pandai masak kan?kalo tak pandai tak hengen nak buat bini kan?
amboi kau!
tapi kenyataannye sekarang ni,lelaki yang WAJIB pandai memasak.
kenape?

sebabnye tugas lelaki perlu menyediakan keperluan asas seperti makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal kepada keluarga.
ini mengikut islam taw
see,sekarang ni menyediakan makanan adalah tugas lelaki dan bukannya tugas perempuan!
tugas seorang isteri adaah membantu meringankan beban suaminye dan juga melayan kehendak suami
tapi bak kata JK,sebagai pasangan suami isteri kena lah saling tolong menolong,bertolak ansur kan.
kesian jugak dekat isteri kalo balik keje letih-letih pastuh nak masak lagi.kan lebih elok kalo suami yang masak kalo suami yang pulang lebih awal.
romantik jugak kan?

kalo isteri anda seorang guru takpe la kot sebab cikgu kerja separuh hari je.kiranye ade masa untuk masak sementara tunggu suami balik kerja..oppsss ter'promote' cikgu la pulak!eheeee

so,kalo nak cari calon isteri elakkan meletakkan syarat 'PANDAI MEMASAK' sebabnye anda sendiri yang perlu LEBIH pandai..



Friday, February 18, 2011

Shoot terjun oleh amir hanif

update blog dalam keadaan malas tapi nak jugak.mesti jengkel punye lah entry kali ni..last week kot dah tak ingat,aku ikut kawan si photoG Amir Hanif shoot untuk member die kawen..rumah die area Ayer Keroh..then petang tuh dorang buat outdoot photoshoot kat Bandar Hilir atau spesifiknye A Famosa..aku yang dah gian nak photoshoot tanpa segan silu sampai sampai dah posing maut dah.ape kesah dekat orang orang.memang muka tak malu syh budak ni..did i care??


aku taip panjang panjang pon bukan korang nak dengar sangat kan..tengok je la gambar aku posing maut yang tak maut sangat ni..harap korang tak maut ah bila tengok ni..nak kutuk pon boleh..aku terima jer...






panjat  tingkap tanpa perasaan


ini cover album terbaru saya*pang sedas!!*

air masak harus ada..kita minum dulu!:)

kadang kadang kena jadi macam ni jugak

pic and edited credit to amir hanif

berangan nak kawen sambil memegang bunga pengantin

budak ni bajet die comey kan?

edited credit to lensaburokphotoblog


mereka mereka ni ade buat bisnes photography.. untuk sape sape yang perlukan photoG bagi ape2 majlis, boleh la berunding dengan mereka..seyes mereka punye package berpatutan..berbaloi baloi!


Monday, February 7, 2011

nikmat hidup single mingle u!!

hyeee korangggg!!(gaya gedik cik epal gonjeng)
sehat ke semua?rindu i tak?ahakkkss
thanksss uollls!
*pang penampo sedas*
ok cukup!!


ekceli kan i busy giler2 ah this week tapi sentiase ade untuk uolls
baek kan i?
(angkat tangan untuk pang)ok stop!


wednesday i had need to make a presentation for my proposal in advance english subject
and on that day also i will do my teaching using teaching aid for microteaching
its normal for future marvelous teacher ahaaaa
how could i choosed to be a teacher hah??
its a fate alyaa!!

back to the topic
sebenarnye hari ni i nak cerita2 lah dengan uolls nikmatnye hidup single wal mingle nih
kenape i boleh terfikir topic ni?
sebabnye i kan tengah SINGLE and AVAILABLE sekarang ni!
repeat AVAILABLE!
ahh kau macam la ade orang nak ngorat kalo kau single even not available sekalipon..
yee...aku sedar aku tidak lah cantik manis macam irine nadia marcello...apatah lagi cun seperti hanis zalikha...tapi manis tuh tetap ade la..eh yeke??
ahh tak kira nak jugak!dem!

apakah nikmat jadi single ni ustazah??
baiklah ustazah akan huraikan disini..dengar baik2 ye anak2
ok bertukar watak ting!!


first of all adalah kebebasan.....maksudnye di sini bukan lah lah korang boleh buat ape jer sesuka perot korang.means korang akan rasa macam bebas dari terikat dengan sesape pon..bebas nak berkawan dengan orang ramai.takde sape pon nak control hidup korang..yee aku taw mesti ade yang tak setuju,ini adalah untuk kapel korang yang king/queen control tuh..nak kawan ngan mamat tuh tak boleh,minah ni tak boleh..padahal kawan je pon.bukan nak tangkap cintan!korang bebas nak keluar dengan sape2 jer tapi batas tetap jaga kan..one more thing, korang bebas to make any decision tanpa pengaruh kapel korang..ade sesetengah kapel tuh,semua benda die nak decide..baju,seluar,tudung ape kite harus pakai semua dorang yang tentukanmekap yang macam mane..naseb baek warna panty dengan bra dorang tak control jugak ahaaa..ke ade jugak??mane la taw kan....


nikmat kedua,ketenangan........believe me guys,korang akan rasa tenang gile vavi ah kalo hidup single..korang tak payah nak fikir pasal kapel korang..adekah die curang,sudah melaburkah die hari ni...kalo gadoh2 mesti mood korang spoil kan?pastu mula la nak marah makcik cleaner yang cuci tandas tak bersih..kucing yang dok geledah tong sampah pon korang nampak kecik besar kecik besar je kan.kan.kan..alaaa tak perlu la nak tipu,aku taw dowh ahaaaaa...hidup single mingle ni korang tak perlu dah nak gadoh2 dengan sape2 melainkan korang memang kaki gadoh wawawa...percayalah,tenang aman sejahtera betol jadi single ni..heaven babe!kalo tak caye mintak clash dengan kapel korang sekarang!!tapi jangan pulak ang habaq aku yang suruh..LOL!


the third nikmat adalah kesihatan yang baik.....mesti korang pelik kan kenape aku cakap ini dalah nikmat..ok mari aku terangkan..kalo korang kapel pastu korang gadoh sebab die telepas cakap yang awek sebelah meja korang lagi cun dari korang..maka dengan itu korang menarik muka sepanjang 14 inci dan blah dari situ..yela sape tak jeles pakwe puji orang laen tanpa belas kasihan kan..sebagai menunjukkan tanda memberontak,korang mogok lapar selama 7 hari tanpa henti..ini akan menjejaskan kesihatan korang taw..korang sakit ade die kesah??eheeee...macam aku cakap la,hidup single jer tak payah nak tarik2 muka..hati senang jer..kalo hati senang perot pon riang..mane tak nye asyik makan jer..dah tak payah nak mogok2!!

nak lagi??boleh2...


nikmat yang seterusye ialah cemerlang dalam pelajaran.....ingat ye adik2,jangan kau abaikan pelajaran..ini adalah pengalaman aku sendiri.result aku terok sebab obses kapel!dem!masa nak exam aku ade problem dengan die and clash..agaknye tertekan la kot sebab tuh result macam hampeh..nak study pon takde mood..keje bodoh bukan??ok, ni khas untuk gurl..bagi wanita, korang harus wajib mempersiapkan diri korang dengan ilmu!!yee ilmu!!supaya anda tidak mudah di pengaruhi..kalo boleh ilmu kena ade la kalo nak kapel sekalipon..andai nye korang berdua ditakdirkan kawen dan juga ditakdirkan diceraikan atau bahasa lembutnye ditinggalkan,takde la korang terkontang kanting bile dah jadi janda @ ibu tunggal..sebelum kawen kumpul harta hak milik korang sendiri dulu..baru la terjamin hidup..betol tak uolls??


rasanye dah cukup dah nikmat2 yang ustazah alyaa ceritakan pada anak2 ye..kalo anak2 nak mendalami lebih dalam,anak2 alaminye lah sendiri..practice make perfect!!!nyahahahaahha


p/s: aku tidaklah memboikot kapel ok!saje jer boring2 takde idea nak hupdate blog nih eheee
      jangan marah i taw!!;)


nanti dah ade bf i remove la pic ni ahahahaa

Saturday, February 5, 2011

Rahsia wanita berdasarkan unsur....saya tanah..anda??





Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin 
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin 

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
Bijak mewujudkan suasana selesa.
Hati yang cepat berubah ubah.

Wednesday, January 26, 2011

saya suka sebab mereka santek dan stylo sangat!

Dah banyak hari tak hapdate blog...alaa bukan ade orang kesah pon.lagi pon aku bukan tegar punyer blogger..takde nye orang nak rindu2 entry aku ye dak??whatsoever lah!

Hari ni tetibe jer nak cerita pasal santek aka cantek menarik kau memang kebaboom!!kenape la agaknye ek??mungkin sebab tadi kawan aku si robin hood (gurl ok!) ni dok puji2 aku macam minah arab..erkkk sila jangan muntah dulu yer kawan2..pastu kan die cakap die suke tengok orang chubby macam aku!!mekaseh robin,sayang kau ketat2..nanti aku belanje kau eskem seposen yang panjang2 tu eh!!*muka gedixxx..boleh bagi penampo tak?*


ok tak nak bagi korang muntah hijau berkarat.sebernarnye hari ni aku nak bagi korang sume taw lah pasal2 gurl2 yang aku suka nih..aku memang suka giler kat dorang..peminat no 1 la kot sebabnye aku kira aku sorang jer.orang laen tuh biaq p la..boleh gitu??korang nak kenal ke mereka2 ni??alah mesti korang dah kenal punye la..kalo tak kenal sila ambil garpu dan cucuk mata sendiri tapi sebelah jer la sebabnye yang sebelah lagi tu simpan untuk baca dan lihat apa yang aku akan bebel dan juga menikmati keindahan ciptaan tuhan!ok boleh bernafas sekarang...

jom kite usha mereka...........

nurul cakapcakap yang sangat comey...

si cantik manis yanny..sangat suka sis yanny sebab die sangat2 manis...

ni sis yana..santek kan lesung pipit die..nak jugak!ehee..sis yana peti suara ni same UTM dengan aku tapi tak penah jumpe..

the scarflets panggil sis ni baby fira..cute sangat sis zafirah hanis ni..kecik molek ehee


sape tak kenal die boleh lempang muka sendiri sekarang!!irine nadia marcello yang begitu gorg uolls...korang perasan tak pic ni muke die same dengan anne ngasri?bagi aku la..


omaigod!!really2 adore her..semacam ade satu tarikan yang sangat kuat pada si santek fatin suhana...



manis kan sis ni..name die saiyidah aisyah..name pendek SA jer huuu

the petite one!!oh farah yang tomey2 cute2..suke die sangat..farah ni adek kepada sis yana..same tak muka dorang??

jatuh cinta dengan memek muka yang pelik2 oleh sis maria elena ni..tak caye?pegi la tengok pic2 die..seyes lawak weh tapi tetapo gojes ok!!

kenal tak?kenal tak?ini la cik epal gonjeng yang femes amos tuh..tiap2 hari kot dok godek blog die eheee


fatin liyana yang sangat santek,manis dan bagai lah...rupe nye die satu matrik dengan aku dulu..ehee baru tahu...

ini sis shea rasol..one of the scarfltes geng..santek kan??

Ade lagi ke ek yang tertinggal??halal jer la...sekarang mesti korang dah jatuh hati dengan kecantikan the gojes2 ni kan?baek ngaku cepat!tapi kan,aku takde la tengok paras rupa jer nak minat2 pon,aku admire la kat dorang sebab pandai berfesyen even BERTUDUNG...selagi menutup aurat adalah tidak salah kan untuk berfesyen?lagi pon bagi aku dorang takde la pakai seksi2 cam artis sume nuh..pakai baju cam tak cukup duit jer nak beli yang boleh tutup sume huh!sekurang kurangnye aku tak jadikan artis yang menonjol sane sini tuh sebagai idola..adalah lebih baek bagi aku untuk jadikan mereka ni idola..betol tak?ini adalah pendapat aku..laen orang laen pikiran nye...

p/s : sista2 sume,mintak maap yer curi pic yang cun2 tuh..harap dimaapkan..

p/s : kalo ade tersalah cakap ke,termasuk dalam isu sensitif ke,maap yer kawan2..sume yang aku tulis adalah bagi diri aku aje..









Saturday, January 22, 2011

Hutan Bandar Taman Mutiara Rini...here we are!

ini adalah entry bergambar...takde mood nak menconteng kat atas entry ni..letih la g merewang kat Hutan Bandar Taman Mutiara Rini..lawa dowh tempat tuh!!syok bangat dok snap2 pic sane..kalo uolls nak taw,aku,aku masak sendiri taw..tapi bukan aku sorang je la,budak2 kos aku pon tolong gak..mampuih kalo aku masak seko2.dah la banyak weh..antara menu2 kami adalah french fries, nugget, sandwich (aku yg wat) and paling spesel nye jempot2 pisang (air tangan ika)..besh woh!!


lawa seyh rumah ni!
before bertolak..

sebelah saya tuh qaqa..eeeiiii



makan makan sampai pecah perot




buat macam rumah sendiri

lawa kan rumah nih!

superwoman yeah!!!

sang bunga..


anak sape nih??


menuju jalan pulang

haruslaahh snap before balik..


p/s : tak taw nape pic tak same saiz..da puas aku ejas!!







Wednesday, January 19, 2011

Iyee aku gemok...ade aku kesah??

agak2 dalam 3 hari dah aku tak hupdate blog nih..dah bersawang ke??biaq p la..2 hari tak dapat line langsung kat bilik.rase cam nak jer belasah hencek2 kat ICT sane tuh..gebang jer Uni hebat..opss hebat ker??ishh tak baek tae ngata uni sendiri..baek!biarkan mereka dengan hidop mereka..ade kaitan ker?wateva!!


weekend hari tuh memang syok r wa cakap lu..dua2 hari aku g melepak dan menternak lemak (bak kata cik epal) kat jusco..eleh jusco jer?dah tu je yang dekat pastuh free lak tuh transport..mesti pakcik bus tuh meluat tengok aku yang bajet2 HOT nak pergi jusco jer...ade aku kesah?

ini muka nak memang nak gadoh..jomm!
ok berbalik pade tajuk kat atas sane nun,aku nak habaq kat korang satu story pasal gemok ni..ini cerita betol okeh!bukan dogeng semata...semalam kan,aku cekalkan hati pergi fac seko2 sebab rumet aku kena pergi sekolah untuk assignment subjek pengurusan dan keselamatan makmal..biasa la nak jadi cikgu kimia kan..kami ni laen2 group so die skip class, aku tak..amacam baek tak aku??


nak dijadikan cerite nye,aku panjat la anak tangga sambil baca novel..nak cover malu la jalan sensorang..sampai je tingkat paling atas bunyi bising semacam jer..jantung dah dupdap dupdap..sekali aku pandang atas nampak geng HOT tuh..omaigod!omaigod!omaigod!


berbekalkan hati yang ketat,aku redah jer jalan tak taw ke mane arah sebab dah nervous nih..muka ditundukkan menandakan kesopanan..pangggg tampo laju2!
sekali si budak moncet yang tak nak ngaku die moncet halang aku..kau taw ape die cakap??nak taw ke??
"eh makin GEMOK la!".tah ape lagi die cakap aku buat2 tak dengar jer..serius tercalar jugak beb!mungkin satu fac kot boleh dengar suara dorang..ok la tuh!
lepas satu penderitaan...

GEMOK!!yee memang aku GEMOK!so??

datang lagi makhluk tuhan yang...ermm tak payah describe la pasal die.malas....sekali lagi "makin GEMOK la".nak jer aku bagi penyepak jepon aku nih...naseb baek kau laki eh..sebab aku taw penyepak kau lagi besh dari aku punye.. buat2 takde telinga jer la..lagi pon bukan orang laen jugak..member yang kadang2 tak berape nak member..lantak kau la..aku tak kesah..aku feelingless sekarang okeh!


kalo aku GEMOK pon,ade aku susahkan sape2??takde kot
kalo aku GEMOK pon,ade aku mintak kau belanje??kadang2 jer haha
kalo aku GEMOK pon,ade aku mintak kau tolong joging untuk aku??aku memang malas pon nak bersukan
kalo aku GEMOK pon,ade aku kesah??ade la jugak sikit2..


aku GEMOK sebab aku bahagia...
eh ye ker??
mungkin aku GEMOK  sebab hidop single kot ahahaha
berfikir macam mane nak slim kan pipi ahaaaa


p/s : nak cari pasangan hidop la...takde yang sudi ke??

Wednesday, January 5, 2011

Entry untuk KAWAN....harap2 kau baca la eh!


ekceli hari ni aku agak tacing dengan sorang  sahabat 'KAWAN' ni..takmo la cite sebab ape..status2 muka buku aku pom pasal lepas geram kat die jugak..untung la kau entry and status aku dedikasi untuk kau..kalo fb tuh mungkin kau baca tapi kat blog mungkin tak kot..ape kau kesah kan?


di sebabkan geram and terasa hati makan dalam tembus belakang kat kau,so, aku bagi kau pilihan..kau pilih la nak duduk dalam golongan KAWAN yang jenis mane..ni aku letak sikit jer.yela senang untuk kau buat pilihan kan.kalo banyak2 nanti kau pening pulak nak pikir...


pilih2!


1- Kawan yang hanya mendapatk an manfaat dari kita.
Kawan jenis ni, akan meninggal kan kita bila dia merasa kita ni dah tak
berguna padanya. Kawan jenis ni ramai. Kawan jenis ni selalu memaksa
kita menghulur kan bantuan, jika kita setuju menolongn ya, dia akan redha
dengan kita dan jika kita menolak untuk menolong, dia akan membenci kita.

adakah kau tergolong dalam golongan ini??


2- Kawan berserono k.
Kawan jenis ni berkawan dengan kita hanya kerana dia seronok bersemban g, berteman dan lain-lain dengan kita sedangkan dia tidak pun memberi manfaat kepada kita. Kita dan dia tidak saling memberi manfaat untuk satu sama lain. Berkawan dengannya hanyalah membuang masa. Hati-hati dengan kawan jenis ini, kerana ia hanya membazir waktu kita.

ke kau nak duduk dalam golongan ini??


3- Kawan yang memberi manfaat kepada kita dan menjauhka n darurat daripada kita. 
kawan jenis ini, adalah kawan yang membawa kepada kebaikan dan menjauhka n kita dari perkara buruk. Dia membuka untuk kita, pintu-pintu kebaikan dan membimbin g kita kepada kebaikan. Peliharal ah sungguh-sungguh hubungan dengan kawan jenis ini.

agak2 kau termasuk dalam golongan ini ke?


dah buat pilihan??
malas aku nak bebel panjang
kau pikir la sendiri ye 'KAWAN'!