Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010





2010 mencatatkan banyak suka duka dalam hidup aku..di saat aku jatuh,aku bangun dengan sendiri..di saat aku megah berdiri,ramai yang menyokong aku dari bawah...inilah KEHIDUPAN..

2010 tiada ape yang perlu dibanggakan oleh aku sendiri apelagi orang laen...tiada pengiktirafan tiada penghargaan dikalungkan kerana tiada jasa yang aku sumbangkan...

2010 menyedarkan aku erti seorang 'KAWAN' yang sejati..kawan gelak ketawa tak ingat dunia amatlah ramai,kawan di saat wang selautan berjuta-juta...tapi...di saat air mata mengalir di pipi di manakah kawan?aku mencari seorang SAHABAT...mungkin ade.mungkin tiada...

2010 mengajar hatiku apa reti CINTA...mengajar aku jangan terlalu mudah mempercayai seseorang yang belum tentu menjadi milikku..jangan terlalu mencintai seseorang lebih dari aku mencintai ALLAH dan diri sendiri..jangan terlalu menghargai jasa orang lain lebih dari jasa ibu bapaku..jangan terlalu menjaga hati orang di sekeliling lebih dari menjaga hati diri sendiri...

2010 membuka mataku untuk lebih mengenali diri sendiri..menyelami hati sendiri...yang paling penting mengerti perasaan halus dalam diri...

2010 juga menyifatkan pembaharuan dalam hidup aku sendiri di mana aku mengenali dunia BLOGGER ini..itu yang perlu aku banggakan..tak pernah termimpi untuk memiliki blog sendiri malahan tidak pernah terdedah kepada dunia ini..ALHAMDULILLAH banyak yang dapat aku pelajari dari blogger-blogger yang tentunya lebih berpengalaman..ya,aku bangga menjadi seorang blogger walaupun masih setahun jagung malahan masih terlalu banyak yang perlu di terokai untuk memantapkan blog ini setanding blog-blog terkenal lain..

2010 kita tinggalkan.2011 kita alu-alukan...semoga dengan kehadiran tahun baru membawa lebih keberkatan dan azam untuk memperbaiki diri sendiri dalam segala aspek akan tercapai...semua orang bercerita tentang azam tahun baru tapi bagi aku cukuplah azam itu tersemat di sanubari...SEMOGA BERJAYA ALYAA!



Wednesday, December 29, 2010

MALAYSIA HEBAT!!

ni bukan kesebekasan utama malam ni


we are the champion
we are the champion

ooooo yeahhhhhhhhhh!!!
syabas syabas syabas!
tahniah tahniah tahniah!
juara sebenar telah muncul..
kite menang dengan agregat 4-2..
berbekalkan 3 gol di tempat sendiri, walaupun kite kalah 2-1 di Stadium Bung Karno..
biar sume orang bukak mata dengan kejayaan kite..

letih aku dok jerit2 depan tv..
akhirnye berbaloi gak dan sememangnye aku dah jangkakan kite akan jadi juara..
yang paling syok sebab pakwe aku dapat anugerah penjaring terbanyak (eh tetibe je ngaku pakwe)..
ape pom pujian harus kite berikan pada khairul fahmi che mat a.k.a apek (penjaga gol KELANTAN) kerana banyak menyelamatkan cubaan2 merbahaya dari indonesia..
apek terbaek!!!!
MALAYSIA BOLEH!!!

ini adalah pakwe saya..jangan kacau!

 

Tuesday, December 21, 2010

Cara nak cover MALU


1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun,sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling cam pejoget rap tu hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalau terjatuh basikal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

~ Dari Mr Google



Saturday, December 11, 2010

baby sitter

kembali!!!
cuti sem yang sungguh menyelesakan..cuti sebulan jer so tak sempat nak keje pom..duduk rumah membesarkan badan yang dah sedia kembong haha..oh no!takde la dok saje jer, cik boolat jadi baby sitter sekarang ni..bagos tak?ehee..besh sangat jaga baby ni taw..sweet jer rase..naluri keibuan semakin membuak-buak dalam diri ini..selain tuh boleh amek experience sikit-sikit untuk bekalan di masa hadapan heee....
wan muhammad hafey darwish 8 months

ni la baby yang aku jaga tuh..sangat besar..baru 8 bulan...